Friday, January 2, 2009

Pedih

Aku, Lina, 20 *aku ikut dhaous. sekarang nak intro diri macam tu je. gedik*Aku, marah sangat sekarang ni. First of all, aku main campur aduk apa aku nak tulis. Sorry.

Mana taknya, dah berapa hari tak balik rumah.. Jangan la pijak kepala. Kenapa eh kau macam ni? Kau ikut perangai siapa. Sumpah aku kesian tengok mak kau. Dok mencari-cari kau ke sana ke mari. Kau langsung tak angkat phone call. Tak angkat, kau reject terus. Bila di text tak reply pulak. Daripada haritu lagi kau buat perangai. Kenapa? Kenapa.

Setiap kali ditanya, jawapan kau mesti " Kenapa?! Orang dah besarkan sekarang" Aku pon tak pernah jawab macam tu, sebab aku masih lagi sedar aku ni siapa, walaupun umur aku dah masuk 20 hujung tahun ni, aku masih lagi ada batas-batas seorang anak.

Aku mengaku, aku bukan la baik mana, tapi, aku masih ingat lagi siapa aku di dalam rumah tu. Aku, anak mereka, dan aku masih lagi pegang nama mereka, selagi aku tak bernikah.

Dah berapa hari tak balik. Kau tak bertegur dengan orang tua kau sebab kan kau tak diizinkan pergi ke trip tu. Perlu ke pergi? Dah la pergi dengan orang yang baru dapat lesen. Terror ke nak bawak kereta tu? Aku rasa, aku cerita kat sesiapa pon diorang tak setuju dengan pendapat trip korang ni. Sikit-sikit alasan kau, kau dah besar. Suka hati nak buat apa. Ye, ayah tak kasi, mak tak kasi, terus pergi sambil menghentak-hentak kan kaki. Kau jangan lupa setiap kali kau hentak, besar dosanya. Aku baru je nak halang, terus, kau lesap. Dan 4hari berita tentang kau, satu pon takda.

Balik rumah pon, tidur, tak langsung buat apa. Kononnya, nak mengelak la tu dari mak kau. Kau patut fikir, sebagai anak, kau kena la jumpa cakap sorry. Ni tak, lepas dah seronok tidur, terus keluar balik. Dah buat rumah tu macam hotel.

Pelbagai masalah yang kau lakukan dalam rumah ni. Aku malas nak aibkan kau. Bukan tu saja, nanti ada orang yang paling bodoh bagitau pasal si mamat ni. Oh, lupa under age. Tu la aku cakap, kau sebenarnya, tak tau siapa boyfriend kau yang sebenar. Konon, dah tau kan? Kau silap laa.

Baru aku tau, sayangnya ibu terhadap anaknya walaupun dibalaskan dengan sikap yang teruk sekali.Walaupun bersikap kurang ajar, masih lagi tak berhenti masak untuk anaknya. Dan yang paling sedih, jamah pun tak.

10 comments:

Yasmin said...

waa, sedehnye aku bace. :(
nape la dorang tk respect yg tue eh?

Lina Amin Nordin said...

aku pon tataw la weh. biasa la.igtkan dh besar la tu. aiyayai.

Yasmin said...

ahahha, kita serupa. :O

adlynndiyana. said...

hurm
teenagers nowadays
too much raging rebelious hormones
nak kene terhantuk baru terasa sakit
tp pn sakit ilang, mule balik
huu

ps, waaa
i suke la ur penulisan
eceiwah
haha
dhaus pun hebat
i cant even spell properly
adoi
malu
huu

Lina Amin Nordin said...

min: ko knp doh. meh habak mai..

add: yeapp its true.. haih -_-'
huhhhh? u biar betol add. hahhaa.

NOT BE NAMED said...

tu la kn . -.- hmm :(

Ayyman Rahim said...

"Baru aku tau, sayangnya ibu terhadap anaknya walaupun dibalaskan dengan sikap yang teruk sekali.Walaupun bersikap kurang ajar, masih lagi tak berhenti masak untuk anaknya. Dan yang paling sedih, jamah pun tak."

I tawu semua pasal siapa, yes. Ayat atas ni sedih la, sumpah -___-

Lina Amin Nordin said...

shh taww. :)

Aina Nordin said...

is this for who i think it is for? i know he is bad but i didnt know that he was this bad.

Lina Amin Nordin said...

yeahh.. shhhhh zipp it