Saturday, January 10, 2009

Sambungan,

Selepas di repek-repek oleh arwah. Eh, aku tak tipu. Pada malam yang dia meninggal, banyak benda dia merepek dengan kitorang. Sampai kan dia tanya, "Eh, kenapa susah sangat nak mati ni? Betul-betul macam dalam hindustan" Aku dan Daia time tu tak dengar dengan jelas sangat sebab arwah cakap dalam mask kan, so tak dengar sangat. "Apa?" Aku dan Daia serentak cakap. " Eee pehal korang pekak ni haa?" arwah cakap macam tu. Tergelak aku dan Daia.

Time tu kononnya, aku nak ke toilet nak kencing. Tapi aku masuk toilet, aku call Shy, dah tak tahan sangat, nangis sekuat-kuat nya, aku rasa nurse kat luar tu pon bila aku keluar dari toilet tengok aku semacam. Mampos arh, kawan baik aku sakit. Aku sedih tengok arwah sakit macam ni sekali. Dah takda orang nak kongsi aku nye ubat pil lelah dengan pump athmatic aku sekarang. Sebab, Russ dah takda. Aku kena terima tu.

Rindu kat Russ.

Aku teringat tiba-tiba, pernah aku dan Russ dekat library tingkat atas, dia nak teman aku cari buku untuk buat research assignment ape ntah time tu. Kitorang siap duduk lagi kat bawah lantai tu busy cari buku. Sekali dia cuit aku. "Eh Naa, semalam kan I ngn aya (daia) kan, berangan-berangan. Kitorang nanti dah kahwin, nak duduk sebelah rumah you dengan Shy. Nanti, kalau kitorang nak keluar nak hantar Baby Adif kat rumah you. Tapi, bila dah hantar, sure Baby Adif balik rumah time tu, I baru balik shopping, sekali Adif cakap, papa, mama Adif taknak baju ni, Adif nak baju Topshop dengan Topman, Ouh Naa, you ngan Shy buat pe ngan anak kitorang huh? " Russ merepek. Hahahhahaha. Siot gila time tu. Aku pandang dia, aku tampar bahu dia. Pastu gelak kuat, semua orang tengok.

Satu hari tengah sakit perot sangat, dengan period tak datang, Russ tak abis-abis kacau aku cakap " Naa, I tak sabar nak jadi uncle to your Baby Yusoff. So,that, he can call me PapaRuss pastu panggil Aya MamaYah" Hahahaha. Bila period dah datang, "Alaa, tak kesampaian I nak jadi PapaRuss"

Dah bosan sangat jalan dari mana ntah, 3 of us lepak depan Intekma, dekat Pusat Komsis tu. Duduk kat benteng jalan. Duduk lama sangat kat situ, sampai nak Maghrib. Baru pergi makan. Konon nya, kereta lalu je, nak tumpang. Tapi semuanya, naik motor je.

Kami juga suka berbelanja antara satu sama lain. Suka curi makan Russ. Penyabar Russ ni.

Aku pulak suka main sound dia. "Oi Russ, apehal ngan gigi kau huh? Tak gosok kee? Taik gigi banyak sangat ni. Euwww!" " Eee Russ, gi la korek hidung tu betul-betul. Taik hidung bersepah!" "Tangan macam ET. Gila freak you ni! " Hahahaha. Arwah Russ buat bodoh je.

Paling best , jalan kat bukit blok Kasturi, "Naa, dengar I kentot." "Eee gila pelahan. Cuba you dengar mine" Hahahaha. Aku bukan pengotor. Angin je. Ahahaha. Time tu Daia ngn Aten dah tengok muka kitorang dengan disgusted gila. Hahaha. Padahal si Daia tu kuat kentot. Hahaha

Aku suka dengar nasihat-nasihat kau, bila aku gaduh dengan Shy. Tapi, tu takda dah semua. Semua dah takda. Takda, siapa yang akan react bila aku cerita masalah aku. Kau sorang je yang sanggup dengar, sanggup tengok aku nangis, dengar aku bebel. Sebab kenapa, sebab, you're the bestest friend that I've ever met.

Terlalu banyak memories dengan arwah. Terlalu banyak. MasyaALLAH, kau dah takda.

Teringat waktu, kau sedang sesak nafas, di akhir-akhir kau hembus nafas terakhir kau. Aku duduk di tepi telinga kau, ucapkan kalimah syahadah berkali-kali, kau pula tengah kawal kesakitan kau. Aku tak sanggup nak tengok, aku tarik Daia. Dalam beberapa saat, kau pun pergi, pergi buat selamanya, tinggalkan kami semua.

Bye, Bestfriend.